Format Idola Kecil Di Rumah

Ujibakat

Sesi ujibakat diadakan secara norma baru iaitu melalui online dimana para peserta dikehendaki menghantar video nyanyian mereka secara online kepada pihak Idola Kecil melalui laman web rasmi mereka. Daripada 3,000 penyertaan hanya 6 peserta sahaja yang berjaya dipilih.

Rancangan

Setelah hampir 8 tahun tidak disiarkan, program realiti ini kembali ditayangkan di TV9 dan TV3 dengan norma baharu bagi bertujuan mengelakkan penularan virus COVID-19, maka setiap peserta harus membuat persembahan secara online di rumah masing-masing sambil diadili oleh juri-juri jemputan setiap minggu di studio tanpa adanya kehadiran penonton. Musim kali ini , setiap peserta bukan hanya menyanyi tetapi perlu menjawab kuiz yang diakukan oleh pengacara dan juri jemputan bagi mendapatkan markah tambahan.

Penjurian dan markah

Markah setiap akan diberikan oleh juri jemputan melalui sesi kuiz dan berdasarkan persembahan mereka. Meskipun program ini tidak mengadakan sesi penyingkiran namun setiap peserta harus perlu berusaha untuk memenangi anugerah Idola Kecil Terbaik pada setiap minggu dimana penghujung rancangan akan diumumkan seorang pemenang mingguan.